|
Raja Juan Carlos, Sepanyol. Foto: wikipedia |
|
Raja Juan Carlos di samping Ratu Sofia. Foto: costamedi |
|
Raja Juan Carlos semasa berburu gajah di Afrika. Foto: Barcroft Media |
|
Urdarangin bersama isterinya, Puteri Cristina |
MADRID - Imej Raja Sepanyol Juan Carlos tercemar oleh kes rasuah yang dilakukan menantunya, Inaki Urdarangin, di tengah-tengah krisis ekonomi yang kini melanda negara itu. Raja Carlos yang sebelum ini dihormati rakyatnya kini dicemuh.
Urdarangin dituduh memanfaatkan kedudukannya sebagai menantu raja untuk mendapatkan tender projek kerajaan. Rasuah yang dilakukan Urdarangin dianggarkan bernilai berjuta-juta Dollar Amerika. Pada ketika ini Urdarangin sedang disiasat oleh pihak berkuasa.
"Tidak seperti di Britain dan Belanda, rakyat Sepanyol tidak memberikan penghormatan yang terlalu tinggi kepada anggota kerabat diraja. Mereka menghormati Raja Carlos lebih kepada peribadinya, namun kini populariti raja tersebut telah menurun," ulas penulis buku tentang Raja Juan Carlos, Tom Burns Marañón.
Raja Juan naik takhta pada tahun 1975. Pengangkatan baginda dilakukan dua hari selepas rejim Franco jatuh di Sepanyol. Baginda lebih banyak dilihat warga Sepanyol sebagai simbol demokrasi di negara itu. Raja Juan juga dipuji banyak pihak kerana berjaya mengelakkan berlakunya rampasan kuasa tentera pada tahun 1981.
Bagaimanapun kini ramai rakyat merasa raja Sepanyol itu sudah tidak lagi memahami masalah yang dihadapi oleh rakyatnya. Selain kes rasuah menantu baginda, Raja Juan juga dikritik kerana masih mengamalkan kehidupan mewah di tengah-tengah krisis ekonomi.
Tahun lalu raja itu dikecam kerana melakukan percutian mewah ke Afrika untuk melakukan safari dan memburu gajah.
Pihak kerajaan berusaha membendung skandal rasuah itu dengan mengasingkan Urdarangin. Urdarangin tidak lagi diberikan fungsi rasmi dalam kerajaan, profil beliau juga sudah dipadamkan dari laman web rasmi kerajaan Sepanyol. - Associated Press
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.