Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 13 Februari 2013

Ulama Al-Azhar Pilih Mufti Baru

Universiti al-Azhar Kahirah. Foto: imej carian google

Masjid al-Azhar. Foto: imej carian google

Di hadapan Universiti al-Azhar Kaherah. Foto: imej carian google

Bekas Mufti, Ali Gomaa. Foto: wikimedia

Ulama al-Azhar sedang membuang undi. Foto: dailynewsegypt

Shawqi Ibrahim Abdel Karim telah dipilih sebagai Mufti yang baharu. Foto: omislam


KAHERAH - Para ulama di Universiti Al-Azhar kelmarin telah melantik seorang mufti baharu kelmarin melalui satu sistem undian yang belum pernah berlaku sebelum ini. 
Seorang profesor perundangan Islam, Shawqi Ibrahim Abdel Karim telah dipilih oleh sebuah majlis yang dianggotai beberapa ulama kanan. 
Majlis ulama itu telah menghantar nama Shawqi kepada Presiden Mesir, Mohamed Morsi untuk pengesahan. 
Menurut para pengkritik, beberapa mufti sebelum ini dipilih oleh Presiden Mesir. 
Mufti sebelum ini, Ali Gomaa, menerima kritikan keras kerana beliau meramalkan bahawa Hosni Mubarak akan dimasukkan ke dalam syurga. 
Ali membuat kenyataan itu sebelum Hosni meletakkan jawatan pada Februari 2011. - AFP / Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.