Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 15 Februari 2013

Mayat Wanita Di Times Square

Mayat wanita Cina terlentang di lobi Berjaya Times Square. Foto: duniacacamarba

Mayat ditemui berhampiran dengan lif bertanda U Mobile. Foto: duniacacamarba

Wanita ini berusia 36 tahun dan mayatnya ditemui jam 11.25 pagi semalam. Foto: duniacacamarba


KUALA LUMPUR - Pengunjung di Times Square di sini gempar apabila seorang wanita maut selepas terjatuh dari tingkat enam kompleks tersebut di sini hari ini. 
Dalam kejadian 11 pagi ini, Choo Czek Yeng, 36, maut di tempat kejadian akibat pendarahan teruk di kepala. 
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata polis menerima panggilan pada 11.25 pagi dan mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut. 
"Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat," katanya kepada Bernama melalui sistem pesanan ringkas. 
Sementara itu, seorang saksi (lelaki) yang enggan dikenali berkata sebelum kejadian itu, kira-kira 10 pagi, wanita berkenaan dilihat berdiri di bahagian penghadang tingkat enam pusat beli-belah tersebut. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.