|
Jambatan gantung Tamparuli. Di sebelah kiri ialah jambatan lama, tempat kenderaan terbabas ke dalam sungai |
|
Jambatan lama Tamparuli dilihat dari arah bertentangan. Foto: flickr.com |
|
Suasana di jambatan Tamparuli lama ketika musim tengkujuh. Foto: telecentre |
TAMPARULI - Berpantang maut sebelum ajal. Itulah yang berlaku apabila seorang lelaki berusia lingkungan 50-an nyaris maut selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum masuk ke dalam Sungai Tamparuli, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, kenderaan jenis Toyota dipandu lelaki berkenaan dikatakan menyeberang jambatan lama Tamparuli dari arah Kiulu menuju pekan Tamparuli.
Menurut seorang saksi kejadian dikenali sebagai Omar, 33, berkata, ketika kejadian, jambatan lama itu digenangi air menyebabkan enjin kenderaan terbabit secara tiba-tiba mati ketika berada di pertengahan jambatan.
“Kejadian itu menyebabkan pemandu dengan bantuan orang ramai yang menyaksikan kejadian, cuba menolak kenderaan itu untuk mengelak dihanyutkan arus deras.
“Bagaimanapun, usaha mereka gagal apabila kenderaan itu terbabas, sebelum dihanyutkan arus deras sungai,” katanya ketika ditemui, semalam.
Difahamkan, pemandu kenderaan itu tidak mengalami sebarang kecederaan kerana berjaya menyelamatkan diri sebelum turut dihanyutkan arus.
|
Kenderaan yang terbabas ditemui 50 meter dari tempat kejadian. Foto: myMetro |
tinjauan di lokasi kejadian mendapati, kenderaan jenis Toyota itu ditemui tersadai di tebing Sungai Tamparuli, kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.
Usaha menarik naik kenderaan itu ke darat mengambil tempoh lebih enam jam. - myMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.