Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 15 Februari 2013

Bila Kapal Pesiaran Bertukar Menjadi Neraka Dunia

Kapal Carnival Triump sedang ditunda ke pelabuhan pada petang Khamis semalam.

Akhirnya kapal Carnival Triump berjaya ditarik ke pelabuhan

Para penumpang berdiri di balkoni ketika kapal itu merapat ke jeti pelabuhan

Sebelum itu kapal berkenaan ditarik perlahan-lahan ke Teluk Mobile, Alabama

Para penumpang lebih selesa berada di luar kerana keadaan di bilik panas

Keadaan di anjung kapal dipenuhi dengan khemah para penumpang

Ramai penumpang lebih suka tidur di luar bilik

Beginilah keadaan di dalam bilik tidur yang bersepah-sepah

Para penumpang bersiap sedia untuk turun dari kapal setelah tiba di pelabuhan

Para penumpang melangkah turun dari kapal

Sebahagian penumpang memakai topeng kerana bau dalam kapal yang kurang selesa


MOBILE, Alabama - Penderitaan para penumpang kapal persiaran Carnival Triumph bakal berakhir apabila ia mendarat di sini semalam. 
Kapal itu sebelum ini mengalami masalah bekalan air dan elektrik apabila enjinnya terbakar sehingga menyebabkan ia terpaksa ditunda ke sebuah pelabuhan di sini. 

Kira-kira 4,000 orang menaiki kapal tersebut semasa ia hanyut sejak berlepas dari Galveston, Texas pada minggu lalu. 

Kebakaran itu berlaku pada Ahad lalu menyebabkan kapal tersebut hanyut dan ditunda dengan menggunakan bot. 

Beberapa penumpang mengadu kepada saudara-mara mereka tentang keadaan kotor di atas kapal tersebut selepas berlaku kebakaran itu selain kesukaran untuk mendapatkan makanan. 

Para penumpang turut mengadu bau busuk dan najis di atas lantai. 

Ramai penumpang yang tidur di dek untuk mendapatkan udara segar. 

Seorang penumpang, Jamie Baker bercakap kepada stesen televisyen NBC bahawa tiada bekalan elektrik di atas kapal berkenaan manakala hanya beberapa buah tandas berfungsi. 

Wanita tersebut menyatakan dia terpaksa menggunakan beg plastik untuk pergi ke bilik air dan menunggu dalam barisan selama beberapa jam untuk mendapatkan makanan. 

Baker berkata, dia melihat seorang wanita memotong barisannya. 

Menurutnya, dia dan beberapa rakannya terpaksa memakai jaket keselamatan semasa tidur pada satu malam kerana kapal berkenaan berada dalam keadaan senget. 

Syarikat Carnival Cruise Lines meminta maaf berhubung penderitaan para penumpang. 

Menurut pihak syarikat itu, ia akan membiayai kos penghantaran penumpang ke beberapa buah bandar di Texas. 

Seorang lagi penumpang, Renne Shanar memberitahu saudara kandungnya, Vivian Tilley bahawa kabin tidurnya amat panas dan berbau seperti asap keluar dari enjin. - Agensi / Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.