Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Ahad, 24 Februari 2013

Buaya Sesat Masuk Kolam Ikan Di Papar

Anggota JPAM sedang memegang buaya yang berjaya mereka tangkap di Kampung Beringgis, Papar semalam. Foto: myMetro


PAPAR - Dua lelaki, termasuk seorang anggota Pertahanan Awam (JPAM), bergelut dengan seekor buaya lebih tiga jam sebelum menumpaskan reptilia ganas sepanjang tiga meter itu yang tersesat masuk ke kolam ikan di Kampung Beringgis, dekat sini, malam kelmarin. 
Wan Reman, 30, yang juga penjaga kolam ikan berkenaan bersama anggota JPAM Kota Kinabalu terbabit, Zaharin Jumarin, 29, tidak cedera, tetapi dalam keadaan lemah selepas bertarung lebih tiga jam. 
Dalam kejadian jam 11 malam, Wan yang berehat di rumahnya berhampiran kolam terbabit yang juga kawasan pusat memancing di Kampung Beringgis Papar pada mulanya terkejut selepas beberapa kaki pancing menjerit mengatakan ada buaya di dalam kolam ikan. 
“Saya kemudian keluar untuk melihat apa berlaku, dan beberapa kaki pancing memaklumkan mereka melihat buaya di dalam kolam ikan berhampiran pondok memancing di kawasan berkenaan. 
“Ketika memeriksa, saya terkejut melihat seekor buaya berlegar-legar di kawasan kolam, dipercayai tersesat kerana kawasan itu berhampiran paya bakau,” katanya ketika ditemui semalam. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.