Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 22 Februari 2013

Skandal Daging Kuda Merebak Ke Asia

Skandal daging kuda bermula di Eropah. Foto: kualalumpurpost

Bungkusan lasagne yang mengandungi daging kuda keluaran Findus.

Daging kuda halal dimakan oleh umat Islam asalkan disembelih secara Islam. Foto addaaziz

Tapi daging khinzir haram bagi umat Islam. Semoga pihak Barat selepas ini menghormati kepercayaan umat Islam


PARIS - Skandal penjualan daging kuda yang melanda Eropah sejak dua minggu lalu kini menular ke Asia. 
Media tempatan melaporkan, penjualan daging itu yang menggunakan label makanan lasagne di Hong Kong terpaksa ditarik semula oleh puluhan rangkaian gedung penjualan terkemuka di negara tersebut. 
Dipetik laporan AFP, jurucakap pihak berkuasa Hong Kong pula mengarahkan salah satu daripada rangkaian pasar raya terbesar di bandar itu menarik semula penjualan lasagne kerana didakwa produk terbabit diimport dari syarikat pengeluar daging berkenaan di Amerika Syarikat. 
“Sehingga kini sebuah rangkaian produk syarikat makanan terbesar dunia, pengeluar daging lembu JBS milik Brazil dan rantaian pasar raya Tesco telah menghentikan penjualan produk dari syarikat terbabit di negara ini,” katanya. - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.