 |
Seorang lelaki penyembah syaitan yang dituduh membunuh seorang pemuzik menyerah diri kepada polis. Foto: The Nation |
 |
Prakan Hanpan, 26, dituduh menikam Sam-ong Triasattha (foto atas) sebanyak 30 kali. Foto: Mirror News |
 |
Polis memeriksa mayat Samong Traisattha, selepas dia mati ditikam di rumahnya pada malam Rabu. Foto: Facebook/Bangkok Post |
BANGKOK - Seorang lelaki yang mengaku menyembah syaitan menyerah diri kepada polis semalam bagi menghadapi tuduhan membunuh seorang pemuzik pada 9 Januari lalu.
Ketua Polis Bangkok Leftenan Jeneral Camronwit Toopgrajank berkata, Prakan Hanpan, 26, dituduh menikam Sam-ong Triasattha 30 kali.
Prakan bagaimanapun berkata, dia bertindak kerana mempertahankan diri.
Sam-ong, 36, adalah penyanyi utama kumpulan black metal ‘Surrender of Divinity.’ Prakan berkata, mereka bergaduh selepas mangsa mengkritik amalannya menyembah syaitan. - Agensi/mynMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.