Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 18 Februari 2014

Polis Tahan Sekumpulan Lelaki Berpakaian Tentera

Mohd Kamil menunjukkan pelbagai jenis senjata api tiruan yang dirampas daripada sekumpulan lelaki. Foto: myMetro

Kumpulan lelaki yang ditahan polis di ladang sawit. Foto: myMetro


SEGAMAT - Lagak mereka berpakaian celoreng ala tentera dan bersenjatakan raifal Steyr serta AK47 tiruan ‘berperang’ di dalam ladang kelapa sawit di Jementah, di sini, bagaikan kumpulan militan yang mahu melakukan onar di kawasan berhampiran. 
Bagaimanapun, apabila diserbu polis kumpulan 18 lelaki tempatan termasuk seorang lelaki warga Singapura mengakui dari kelab rekreasi di Johor Bahru dan hanya berlatih menembak di ladang milik seorang daripada anggota kumpulan terbabit. 
Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, dalam kejadian pada jam 2.15 petang itu, pihaknya menerima maklumat daripada seorang pekebun 40-an yang dalam perjalanan ke kebun sawitnya di bukit Chee Leong, Jementah. 
Katanya, pekebun itu terkejut melihat sekumpulan lelaki berpakaian seragam ala tentera menjalani latihan serta merancang melakukan onar di penempatan orang awam berhampiran. 
“Orang awam yang menunggang motosikal itu bergegas ke Balai Polis Jementah untuk membuat aduan sebelum memaklumkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat. 
“Bertindak atas maklumat itu, kami menghantar beberapa anggota menyerbu lokasi sebelum menahan 12 lelaki Cina tempatan berusia 20-an dan 40 tahun, lima lelaki Melayu tempatan berusia antara 20-an dan 30-an dan seorang lelaki Cina warga Singapura berusia 22 tahun,” katanya. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.