Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 26 Februari 2014

Harimau Bintang Masuk Bandar Di India

Foto menunjukkan seorang lelaki cuba melarikan diri daripada harimau bintang jantan

Foto yang dirakam menggunakan telefon bimbit ini menunjukkan seorang polis hendak memukul harimau dengan kayu

Harimau kelihatan keluar dari tingkap hospital dan seorang polis menanti dengan rotan di tangannya

Foto yang dirakam menggunakan kamera telefon bimbit ini menunjukkan seorang polis cuba membelasah harimau


MEERUT - Seekor harimau bintang jantan yang berkeliaran telah mencederakan enam orang di sini pada Ahad lalu. 
Beberapa pegawai berkata, haiwan itu dilihat berkeliaran di sebuah hospital, pawagam dan kompleks apartmen. 
Binatang buas itu juga melompat menerusi tingkap yang pecah di sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan. 
Menurut pihak berkuasa, orang ramai dinasihatkan agar tidak keluar dari rumah selepas usaha menangkap harimau itu gagal dilakukan oleh beberapa anggota polis. 
"Kami melancarkan satu operasi besar-besaran untuk memburu binatang buas itu," kata seorang pegawai perhutanan dalam wawancara bersama akhbar India Times. 
Menurut seorang pegawai perhutanan kepada portal berita dna, harimau itu tiba di bandar ini selepas ia memanjat sebuah trak yang mengangkut kayu dari Uttarakhand pada Ahad lalu. - Agensi/Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.