|
Anggota forensik menjalankan siasatan di lokasi kejadian kes bunuh di Taman Sri Putra. Foto: Asyraf Hamzah/myMetro |
|
Rumah yang menjadi lokasi kejadian kes bunuh di Taman Sri Putra. Foto: Asyraf Hamzah/myMetro |
|
Rumah yang menjadi lokasi kejadian kes bunuh di Taman Sri Putra. Foto: Asyraf Hamzah/myMetro |
SUNGAI BULOH - Dua beradik lelaki berusia 18 bulan dan lima tahun dikelar hingga mati menggunakan pisau oleh pembantu rumahnya sebelum wanita itu membunuh diri dalam kejadian di sebuah rumah dua tingkat di Taman Sri Putra, di sini petang semalam.
Difahamkan, ketika kejadian, kedua-dua mangsa tinggal bersama pembantu rumah warga Indonesia itu ketika ibu bapa, datuk dan nenek mangsa keluar sejak jam 8 pagi untuk menguruskan perniagaan kedai kopi milik mereka.
Jiran yang mahu dikenali sebagai S Sivakumar, 34, berkata, biasanya seluruh keluarga berkenaan termasuk datuk dan nenek serta ibu bapa kanak-kanak berkenaan akan keluar rumah jam 8 pagi dan pulang semula jam 6 petang.
"Kejadian itu hanya disedari nenek kanak-kanak itu yang pulang ke rumah kira-kira jam 6 petang tadi (semalam) dan ketika itu, keadaan rumah agak sunyi.
"Selepas memanggil nama cucunya dari luar, nenek kanak-kanak itu masuk ke dalam rumah sebelum terkejut selepas ternampak cucunya yang berusia enam bulan berlumuran darah dan sudah tidak sedarkan diri manakala pembantu rumah yang berlumuran darah pula berada berhampirannya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beliau berkata, terkejut dengan penemuan itu, nenek kanak-kanak itu mencari seorang cucunya yang berusia dua tahun sebelum menemuinya dalam keadaan leher dikelar di tingkat dua rumah berkenaan.
Katanya, nenek kanak-kanak itu kemudian menghubungi polis dan ahli keluarga lain memaklumkan kejadian itu.
Berdasarkan sumber polis, kejadian berkenaan dilakukan pembantu rumah terbabit berikutan tiada kesan pecah masuk rumah malah tiga anjing jenis Rottweiler tidak menyalak sepanjang kejadian. - myMetro
|
Anggota polis mengusung mayat salah seorang mangsa. Foto: myMetro |
SUNGAI BULOH - Pembantu rumah yang mengelar leher dua anak majikannya dipercayai mati secara perlahan-lahan berdasarkan kepada kedudukan tangan dan kesan percikan darah pada mayatnya.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Junaidi Bujang berkata, pihaknya turut menemui tiga pisau dengan kesan darah berhampiran pembantu rumah terbabit dan masa kejadian dianggarkan berlaku di antara jam 5.30 petang dan 7 malam.
Katanya, polis masih menjalankan siasatan untuk mengetahui punca sebenar dan menolak kemungkinan terdapat pihak lain yang terbabit dalam kes ini berdasarkan kepada tiada kesan pecah masuk selain keadaan rumah yang berkunci serta dikawal empat ekor anjing jenis Rottweiler.
“Mengikut keterangan daripada ahli keluarga mangsa, mereka keluar daripada rumah pada kira-kira jam 5 petang dan melihat kedua anak itu sedang bermain dengan pembantu rumah berkenaan.
“Selepas tiba ke lokasi dituju, pembantu rumah terbabit ada menelefon dan menyatakan sedang menyediakan mi segera dipercayai untuk kanak-kanak itu. - myMetro 27/02/2014
KUALA LUMPUR - Kematian pembantu rumah warga Indonesia dan dua kanak-kanak di Taman Sri Putra, Sungai Buloh di sini malam semalam adalah akibat "luka kelaran di leher".
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supritenden Junaidi Bujang berkata perkara itu dimaklumkan kepada polis setelah proses bedah siasat selesai dijalankan pihak Hospital Sungai Buloh jam 8 malam tadi.
"Pihak hospital juga mengesahkan pembantu rumah berumur 30 tahun itu membunuh diri kerana terdapat tanda-tanda awal cubaan membunuh diri seperti kesan-kesan tikaman pada bahagian badan hadapan si mati.
"Terdapat juga tiga kesan luka pada bahagian tepi leher kanan wanita itu sebelum dia membunuh diri dengan mengelar leher sendiri," katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.
Dalam kejadian sekitar jam 8 pagi hingga 6 petang semalam, dua kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan dan lima tahun maut dipercayai dikelar pembantu rumah mereka sebelum dia membunuh diri.
Kejadian itu diketahui kira-kira jam 6 petang selepas nenek mangsa pulang ke rumah.
Dia menjumpai mayat cucunya yang berusia setahun enam bulan dan pembantu rumah warga Indonesia di bilik pembantu rumah, manakala seorang lagi dijumpai di tingkat atas.
Junaidi berkata tiada sebarang kesan pecah masuk dan empat anjing peliharaan keluarga berkenaan tidak menyalak ketika kejadian berlaku. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.