|
Pemandangan di ruang hadapan rumah Natalie Wood yang mati tahun 2004 tetapi ditemui pada tahun 2011. Foto: News Limited |
|
Wood ketika berusia 41 tahun pada tahun 1946. Foto: News Limited |
|
Kakak ipar Wood, Enid Davis kini menuntut harta pusaka peninggalannya semasa inkues. Foto: Peter Munro |
|
Ashley Russell, jiran tetangga Wood. Foto: Peter Munro |
|
Keadaan di luar dan di dalam rumah yang didiami Wood. Foto: NSW Police Force |
SYDNEY - Hanya selepas lapan tahun mati, barulah rangka seorang wanita warga tua ditemui di kediamannya di sini, demikian satu inkues yang dinamakan oleh media tempatan sebagai inkues 'wanita Sydney yang dilupakan,' diberitahu.
Natalie Wood ditemui polis pada Julai 2011 selepas meninggal dunia pada awal 2004. Dia dipercayai terjatuh di bilik tidur dan tidak berdaya untuk bangun. Rumah teres yang hanya beberapa meter dari Stesen Sentra yang sibuk di bandar ini, kelihatan terbiar ketika mayatnya ditemui.
Detektif Kanan, Konstabel Andrew Wills memberitahu Mahkamah Koroner Glebe, tidak ada tilam, tiada televisyen dan juga peti sejuk di rumah yang dianggarkan bernilai hampir AUD$1juta (RM2.9 juta) itu. Walaupun tiada beg tangan atau dompet ditemui, cincin dan barang berharga lain masih tidak disentuh.
Wills berkata Wood, yang menetap di rumah itu sejak dilahirkan pada 1924, adalah seorang yang suka menyendiri.
“Dia lebih suka berseorangan,” katanya kepada inkues itu.
“Sampai satu tahap, dia menjawab ketukan pintu dengan menggunakan alat khas.” kata jiran kepada polis yang mulanya menyangka dia sudah berpindah kerana rumah itu kosong.
Wood tidak membuat wasiat menyebabkan kakak iparnya Enid Davis dan empat lagi sepupu membuat tuntutan ke atas harta pusaka beliau. - AFP/Berita Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.