|
Yang Xiao (gambar sebelum pembedahan beliau) mempunyai tumor seberat 10kg di belakang badan dan lehernya |
|
Yang menyedari dia mengidap tumor di leher semasa dia remaja tetapi tumor itu terus membesar |
|
Yang sepatutnya menjalani pembedahan pada tahun 2007 namun dihalang oleh ayahnya |
|
Tumor yang dihidapi oleh Yang terus membesar menyebabkan dia membuat keputusan untuk menjalani pembedahan |
|
Yang telah menjalani pembedahan pada 19 Februari lalu |
XI'AN, Shaanxi - Seorang lelaki di China, Xiao Yang, 27, menjalani pembedahan bagi membuang tumor seberat 10 kilogram yang tumbuh di belakang tengkuknya sejak 15 tahun lalu, lapor akhbar Metro.co kelmarin.
Xiao mula sedar ada bonjolan kecil bersaiz sebiji telur di tengkuknya 10 tahun lalu yang kemudian semakin membesar.
Pada tahun 2007, dia telah pergi ke sebuah hospital di sini untuk mendapatkan rawatan. Yiang kemudian diberitahu bahawa sdia telah menghidap ketumbuhan yang dinamakan fibromatosis.
Doktor yang merawatnya ketika itu memberitahu, pembedahan untuk membuang ketumbuhan itu sangat sukar dan risikonya amat tinggi dengan menyebabkan bapanya, Jigao membuat keputusan untuk membiarkan sahaja ketumbuhan tersebut.
Namun pada penghujung tahun 2013, Xiao membuat keputusan untuk menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan itu selepas ia membesar sehingga 45 sentimeter dengan berat 10 kilogram.
Kos pembiayaan pembedahan itu telah dikumpul melalui kutipan derma orang awam dan pinjaman yang dibuat oleh bapanya.
Doktor yang melakukan pembedahan ke atas Xiao memberitahu, lelaki itu mempunyai peluang cerah untuk pulih. - Agensi/Kosmo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.