|
Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Hulu Besut di sini tertelan jarum peniti. Foto: Panoramio |
|
Mohd. Alif Aiman, 14, tertelan jarum ketika sedang mencungkil makanan di celah gigi. Foto: myMetro |
JERTIH - Gara-gara ingin membersih sisa makanan di celah gigi menggunakan jarum peniti, seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Hulu Besut, dekat sini, menerima padah apabila dia tertelan jarum berkenaan, kelmarin.
Mangsa, Mohd Alif Aiman Mohd Zulkifli, 14, kemudian terpaksa dikejarkan ke Hospital Besut oleh guru sekolah terbabit selepas tiba-tiba tidak dapat bercakap dan tiada suara.
Kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu berlaku ketika Mohd Alif Aiman bersama seorang lagi rakan sekelas sedang berehat selepas menikmati makan tengah hari.
Sebelum itu, Mohd Alif dari Kampung Belaoh, Hulu Besut, dekat sini, meminta sebatang jarum peniti daripada rakannya untuk mencungkil sisa makanan yang terlekat di celah gigi.
"Secara tidak sengaja ketika mencungkil di celah gigi, saya bercakap kuat dengan rakan lalu tertelan jarum peniti.
"Ketika itu saya tidak dapat bercakap serta mengeluarkan suara dan rakan yang melihat insiden itu segera memaklumkan guru yang kemudiannya membawa saya ke hospital," katanya ketika ditemui di Hospital Besut, di sini, semalam. - myMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.