Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 13 Februari 2014

Restoran Saji Daging Manusia Di 'Negara Awang Hitam'

Anda pasti ini daging burger? Di Nigeria, sebuah restoran menyajikan hidangan daging manusia. Foto: PA

Polis menahan 11 orang termasuk pemilik restoran berkenaan. Foto: Uigist

Semasa serbuan dijalankan, polis menemui dua kepala manusia yang masih segar di restoran yang terletak di Anambra


ABUJA - Polis menahan 11 orang termasuk pemilik sebuah restoran dalam satu serbuan terhadap premis makanan yang menyajikan hidangan daging manusia. 
Dalam serbuan itu, polis menemui dua kepala manusia yang masih segar di restoran yang terletak di Anambra. 
Jasad dan kepala ditemui berbungkus seperti daging haiwan biasa dan polis menyatakan hidangan kepala manusia panggang juga terdapat dalam menu restoran terbabit. 
Dua senapang jenis AK-47, senjata lain, ratusan peluru dan telefon bimbit turut ditemui. 
“Kami selalu melihat orang yang mencurigakan keluar dan masuk restoran ini,” kata seorang penduduk tempatan. 
Seorang paderi yang terkejut apabila mengetahui dia dihidangkan dengan sajian daging manusia membuat laporan polis. 
“Saya makan di restoran itu dan mendapati bilnya terlalu tinggi. Kemudian pelayan kedai memberitahu harga itu adalah untuk sajian daging manusia yang saya makan. Saya sangat terkejut,” katanya. -Agensi/myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.