|
Presiden China, Xi Jinping (tengah) melawat kawasan Nanluo Guxiang di Beijing semalam. |
|
Lawatan mengejut presiden berusia 60 tahun ini juga mendapat pujian pengguna media sosial |
|
Di China, perjumpaan antara pemimpin dengan masyarakat sangat jarang berlaku kerana mereka jarang bergaul dengan masyarakat |
BEIJING - Presiden China, Xi Jinping mengejutkan orang ramai apabila beliau melawat kawasan kediaman dan berbual dengan pengunjung di sebuah lokasi beli-belah popular di Nanluo Guxiang di sini semalam.
Lawatan mengejut presiden berusia 60 tahun tersebut juga mendapat pujian pengguna media sosial di negara ini kerana pemimpin tertinggi China jarang bergaul dengan masyarakat.
Di China, perjumpaan secara spontan melibatkan ahli-ahli politik dan masyarakat sangat jarang berlaku.
Tarikh ulang kelahiran dan latar belakang keluarga pemimpin turut dirahsiakan daripada pengetahuan umum.
Satu rakaman video menunjukkan beberapa penduduk menepuk tangan ketika Jinping menghampiri mereka di sebuah kawasan kejiranan di sini sebelum berbual mesra dengan mereka.
Beberapa keping gambar yang disiarkan di internet oleh media negara ini menunjukkan Jinping dikerumuni orang ramai yang mahu bergambar dengan pemimpin tersebut. - Agensi/Kosmo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.