|
Kerajaan Israel kini sedang memajukan sistem pertahanan peluru berpandu yang menggunakan laser |
|
Sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome digunakan untuk melindungi bandar-bandar Israel sebelum ini |
|
Teknologi laser digunakan untuk memusnahkan roket Hammas yang disasarkan ke kawasan Israel |
|
Sebuah misil Iron Dome Israel yang dilancarkan untuk memintas roket yang dilancarkan dari Gaza |
|
Iron Beam dicipta untuk memintas dron, roket dan mortar |
SINGAPURA - Sebuah syarikat yang mengeluarkan peralatan senjata milik kerajaan Israel kini sedang memajukan sistem pertahanan peluru berpandu yang menggunakan laser.
Menurut syarikat Sistem Pertahanan Canggih Rafael, sistem pertahanan seperti itu pernah ditayangkan dalam filem Star Wars.
"Adalah pasti, ia seperti yang anda lihat di dalam filem Star Wars," kata jurucakap syarikat berkenaan, Amit Zimmer semalam.
"Anda akan lihat, laser itu bergerak dengan pantas seperti satu kelipan cahaya dan sasaran kemudian ditembak," tambahnya.
Beliau berada di sini kerana menghadiri Pertunjukan Udara Singapura.
Sistem pertahanan itu yang dikenali sebagai Iron Beam dicipta untuk memintas dron, roket dan mortar. - AP/Kosmo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.