Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 21 Februari 2014

Kereta Terhumban Ke Laut Di KK

Seorang remaja lelaki maut dan dua rakannya cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas ke laut. Foto: myMetro

Sebuah kren digunakan untuk mengangkat kereta malang ke darat. Foto: The Borneo Insider


KOTA KINABALU - Seorang remaja lelaki maut manakala dua lagi rakannya cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas kemudian terhumban ke dalam laut di Jalan Tun Fuad Stephens, berhampiran lampu isyarat KPD di sini, awal pagi Khamis. 
Mangsa, Alvinuslan Madayau, 17, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1) akibat kecederaan teruk di badan dan kepala, dipercayai tercampak keluar daripada kenderaan itu dan jatuh atas batu. 
Kejadian difahamkan berlaku kira-kira jam 1 pagi. 
Difahamkan, mangsa duduk di bahagian belakang kereta manakala dua lagi rakannya dikenali sebagai Eyad Azli Bin Kassim, 20, yang memandu dan Mohd Abdul Halim Abdul Rabak, 21, duduk di hadapan ketika kejadian itu. 
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun, berkata, kenderaan dinaiki mangsa dipercayai dalam perjalanan menuju ke Sepanggar daripada pusat bandar raya. 
“Bagaimanapun setibanya di tempat kejadian, kenderaan terbabit dikatakan hilang kawalan lalu terbabas di sebelah kiri jalan sebelum terhumban ke laut. 
”Seorang penumpang bekalang turut tercampak keluar daripada kereta itu manakala pemandu dan penumpang hadapan sempat menyelamatkan diri sebelum kenderaan berkenaan tenggelam,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini. 
Jauteh berkata, tiga mangsa terbabit kemudian dihantar ke QEH1 oleh orang awam, bagaimanapun, seorang daripada mereka disahkan meninggal dunia selepas itu. 
“Pihak polis masih menyiasat punca sebenar kemalangan ini dan mayat mangsa juga telah dihantar ke QEH1 untuk dibedah siasat,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-WB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.