|
Pertempuran antara penunjuk perasaan antikerajaan dengan polis di Bangkok semakin sengit |
|
Anggota polis anti rusuhan cedera ketika menyuraikan kem penunjuk perasaan |
|
Kejadian ini berlaku ketika polis bertindak mengusir penunjuk perasaan dan merobohkan sebuah pentas mereka |
|
Seorang wartawan turut cedera dalam kekecohan antara penunjuk perasaan dengan pihak polis |
|
Seorang penunjuk perasaan yang berjaya ditahan oleh polis |
|
Lagi penunjuk perasaan yang berjaya ditahan oleh polis |
|
Seorang anggota polis melepaskan tembakan peluru getah ke arah penunjuk perasaan |
|
Anggota polis membantu rakan mereka yang tercedera semasa kekecohan |
|
Ketua Jabatan Siasatan Khas, Tharit Pengdit menyatakan, penunjuk perasaan telah membaling bom tangan ke arah polis |
|
Polis sebelum ini enggan menyuraikan tunjuk perasaan kerana bimbang keganasan akan tercetus |
BANGKOK - Empat orang maut manakala 64 lagi cedera dalam pertempuran antara penunjuk perasaan antikerajaan dengan polis di ibu kota Thailand di sini semalam.
Kematian tersebut berlaku ketika polis pencegah rusuhan dikerahkan untuk menyuraikan beberapa kem penunjuk perasaan.
Beberapa das tembakan kedengaran tengah hari semalam di sebuah tapak berhampiran pejabat perdana menteri apabila polis bertindak mengusir penunjuk perasaan dan merobohkan sebuah pentas mereka.
Dalam perkembangan berkaitan, perkhidmatan kecemasan Erawan memberitahu, seorang penduduk awam berusia 52 tahun terbunuh akibat kecederaan di kepala manakala seorang anggota polis meninggal dunia selepas cedera di dada.
Ia menyatakan, dua mangsa lain turut maut tanpa mendedahkan butiran lanjut.
Ketua Jabatan Siasatan Khas, Tharit Pengdit dalam satu sidang akhbar menyatakan, penunjuk perasaan antikerajaan telah membaling beberapa butir bom tangan ke arah anggota-anggota polis.
Kekacauan terbaharu itu berlaku selepas polis cuba menahan dan menyuraikan penunjuk perasaan yang berkampung selama beberapa minggu bagi mendesak Yingluck meletak jawatan.
Sebelum ini, polis enggan menyuraikan mereka kerana bimbang keganasan akan tercetus.
Namun, kelmarin pusat kawalan keselamatan khas mengumumkan polis akan menguasai semula lima lokasi tunjuk perasaan di sini untuk kegunaan awam.
Beribu-ribu anggota polis termasuk skuad antirusuhan dikerahkan ke seluruh bandar raya ini semalam dalam operasi yang dinamakan 'Keamanan untuk Bangkok'.
Semalam, seramai 144 penunjuk perasaan yang berhimpun dekat Kementerian Tenaga, dekat sini ditahan tanpa kekerasan. - Agensi/Kosmo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.