Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 24 Februari 2014

Pencuri Paling Bodoh Di Britain

Dua penjenayah yang memuat naik gambar mereka di Facebook boleh disifatkan sebagai pencuri paling bodoh di Britain

Mereka memuat naik gambar mereka bersama barang yang mereka curi

Matthew Murphy bergaya dengan motor Suzuki yang dicurinya

Jonathan Dougan juga tidak mahu kalah berposing dengan motorsikal curi


LONDON - Dua penjenayah yang memuat naik gambar mereka bersama-sama barang yang mereka curi di Facebook boleh disifatkan sebagai pencuri paling bodoh di Britain. 
Kerana tindakan mereka itu menyebabkan mereka tertangkap dan dijatuhkan hukuman penjara, kelmarin. 
Jonathan Dougan, 26, dan Matthew Murphy, 23, melarikan motosikal, kereta berprestasi tinggi dan sebotol champagne dari rumah mangsa sepanjang enam bulan. 
Jonathan dan Matthew yang kedua-duanya masih dalam parol kemudiannya bergaya dengan barangan yang mereka curi serta memuat naik hampir 50 gambar ke akaun Facebook mereka. 
Polis berjaya menangkap kedua-duanya hasil laporan seorang mangsa yang melihat keretanya di dalam akaun Facebook seorang daripada lelaki itu. 
Mereka yang berasal dari Salford itu dipenjara sembilan tahun empat bulan setiap orang 
“Kedua-dua mereka kibni mempunyai banyak masa untuk mengenang kembali kebodohan mereka.  
“Selama berbulan-bulan mereka menjalankan jenayah pecah rumah secara sistematik dan dapat melarikan motosikal serta kereta mewah.  
“Namun akhirnya, mereka tersilap langkah dan kami berharap mereka sedar dan berubah selepas keluar dari penjara nanti,” kata sumber polis. - Agensi/myMetro


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.