Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 18 Februari 2014

Mayat Ditemui Pada Tayar Pesawat

Mayat lelaki ditemui di ruang tayar pendaratan pesawat Airbus A340 milik South African Airways. Foto: CNN

Mayat ditemui selepas pesawat dari Johannesburg itu tiba di Dulles, Khamis lalu. Foto: AOL


WASHINGTON - Mayat seorang lelaki ditemui pada ruang tayar pendaratan pesawat Airbus A340 milik South African Airways di Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles, di sini, menurut pihak berkuasa, kelmarin. 
Jurucakap pihak berkuasa lapangan terbang tersebut memaklumkan, penemuan menggemparkan itu dibuat oleh petugas pada jam 1.30 petang (waktu tempatan) selepas pesawat dari Johannesburg terbabit tiba di Dulles, Khamis lalu. 
Memetik laopran Reuters, susulan daripada insiden tersebut, pihak berkuasa termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan pegawai perlindungan sempadan telah dikerah ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan. 
Bagaimanapun, insiden terbabit tidak menjejaskan operasi di lapangan terbang tersebut. - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.