Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Ahad, 16 Februari 2014

Menghasilkan 'Durian Paste'

Penghasilan durian paste memerlukan pekerja ramai dan berhati-hati. Foto: myMetro

Ulas durian yang sudah disejuk akan menjadi keras dan sedia untuk dibungkus. Foto: myMetro

Ahmad menunjukkan durian paste yang sudah siap. Foto: myMetro

Pekerja mengasingkan ulas durian daripada buahnya dengan begitu berhati-hati supaya tidak rosak. Foto: myMetro

Buah berkualiti tinggi untuk pasaran eksport. Foto: myMetro


Lambakan durian di pasaran tempatan sering merisaukan petani yang mengusahakan dusun menyebabkan mereka menanggung kerugian besar. 
Justeru, FAMA mengambil langkah menghasilkan produk hiliran ‘durian paste’ bagi mengelak kebergantungan kepada buah segar. 
Usaha itu pendekatan baru mengatasi lambakan durian sekitar 1,500 metrik tan. 
Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak berkata, lambakan durian pada November dan Disember dapat diminimumkan ­dengan penghasilan produk ‘durian paste’. 
FAMA daerah Jerantut yang menjadi pusat pe­ngumpulan durian bagi negeri Pahang memproses durian terbabit bagi menambah nilai kepada durian segar. 
Beliau berkata, FAMA mengumpulkan durian daripada pekebun untuk diproses menjadi durian paste. 
“Penghasilan durian paste sangat berbeza dan isi durian akan diasingkan daripada biji sebelum melalui proses sejuk beku. 
“Durian paste boleh digunakan untuk membuat aiskrim, kek, jus, jem, minuman dan tempoyak. 
“Malah pengusaha makanan berasaskan perisa durian mudah mendapatkan buah itu untuk stok ketika musim durian berkurangan,” katanya ketika melawat Pusat Pemprosesan Durian di Fama Jerantut. 
Justeru, beliau meng­gesa usahawan makanan tempatan lebih kreatif dan ­inovatif menggunakan isi durian bagi menghasilkan produk hiliran berasaskan durian. 
Katanya, durian paste hanya membabitkan durian kampung saja dan isinya diasingkan akan dibungkus serta dimasukkan dalam peti sejuk beku supaya tahan lama. 
“Kalau jenis durian klon, ia tidak mempunyai masalah untuk dipasarkan kerana permintaan sentiasa ada dan harganya kekal tinggi. 
“Durian Mou Sang King (D197), misalnya isinya tebal dan berwarna kuning keemasan menggamit pelanggan untuk membeli tetapi durian kampung, mutunya tidak setanding,” katanya.  
Beliau berkata, FAMA menyediakan sebanyak 12 pusat pengumpulan durian bagi menampung pengeluaran buah dari pekebun di daerah Jerantut, Bentong, Lipis dan Raub. 
“Permintaan terhadap durian paste semakin meningkat dan kami akan menambah bilangan mesin ‘Distoner’ untuk mengasingkan isi dan biji durian,” katanya. 
Negara ini katanya mengeluarkan 1500 metrik tan buah-buahan bermusim setiap tahun dan 50,000 metrik tan di peroleh dari kawasan Pahang Barat khususnya daerah Jerantut, Lipis, Raub dan Bentong. 
Selain durian paste, Ahmad berkata FAMA turut me­nyediakan 1,000 tan durian berkualiti tinggi seperti D24 dan D197 yang lebih dikenali dengan Mou Sang King. 
Ia diproses dalam bentuk ulas yang akan dieksport ke negara luar terutamanya ke China, Hong Kong, Taiwan dan Singapura. - ROSELAN AB MALEK/myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.