Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 6 Februari 2014

Mogok Pekerja Jejaskan Pengguna Tren Di London

Berjuta-juta pengguna perkhidmatan pengangkutan awam di London terjejas akibat mogok pekerja-pekerja stesen tren bawah tanah

Para pekerja tren London memulakan mogok pada pukul 9 malam kelmarin

Para pengguna tren terpaksa beralih menggunakan sistem pengangkutan lain

Barisan panjang para penumpang yang beralih kepada perkhidmatan teksi

Salah seorang pekerja tren yang mogok tidur di kaunter perkhidmatan

Para pengguna tren yang terjejas akibat mogok


LONDON - Mogok pekerja-pekerja stesen tren bawah tanah selama 24 jam di sini telah menjejaskan berjuta-juta pengguna perkhidmatan pengangkutan awam itu semalam. 
Para pekerja itu memulakan mogok pada pukul 9 malam kelmarin selepas sebuah kesatuan sekerja yang mewakili mereka gagal untuk mencapai persefahaman dengan sebuah agensi kerajaan iaitu Pengangkutan Untuk London berhubung rancangan untuk mengurangkan pekerja dan penutupan pondok menjual tiket. 
Agensi kerajaan itu bertanggungjawab berhubung perkhidmatan pengangkutan awam di sini. 
Ribuan orang terperangkap di stesen-stesen tren bawah tanah ekoran mogok tersebut. 
Ekoran mogok itu, ribuan orang berbaris untuk menggunakan bas dan bot untuk pergi ke pejabat. 
Perkhidmatan tren bawah tanah itu membawa kira-kira 4.5 juta penumpang pada setiap hari. 
Seorang penumpang, Rubie Johal yang berusia 18 tahun berkata, dia menunggu selama sejam sebelum menyedari mogok tersebut telah dilancarkan oleh para pekerja. 
Perdana Menteri, David Cameron turut menggunakan Twitter bagi mengkritik mogok tersebut. - Agensi/Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.