Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 11 Februari 2014

Pengasas Facebook Jutawan Paling Pemurah

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg dan isterinya, adalah dermawan paling pemurah pada 2013. Foto: Bloomberg 

Bill Gates dan isterinya, Melinda, pasangan jutawan yang dermawan. Foto: Wikipedia

Ted Turner, pengasas CNN, seorang lagi jutawan yang dermawan. Foto: AP

Warren Buffett, pakar motivasi yang jutawan dan dermawan. Foto: REX

Penderma kedua terbesar 2013, George Mitchell. Foto: Bizjournals

Penderma ketiga, Philip Knight dan isterinya menderma AS$500 juta (RM1.6 bilion). Foto: Philanthropy

Penderma keempat, Michael Bloomberg, yang menyumbang AS$452 juta (RM1.5 bilion). Foto: Loonwatch


SEATTLE - Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg dan isterinya, Priscilla Chan, adalah antara dermawan Amerika Syarikat paling pemurah pada 2013, dengan sumbangan 18 juta stok saham rangkaian media sosial itu, bernilai lebih AS$970 juta (RM3.2 bilion) kepada Silicon Valley Disember lalu. 
Laporan The Chronicle of Philanthropy semalam menyatakan sumbangan Zuckerberg adalah pemberian kebajikan terbesar dalam rekod awam pada 2013 dan meletakkan pasangan muda itu di tempat teratas senarai 50 orang paling pemurah di Amerika pada 2013 majalah berkenaan. 
Lima puluh pemberi utama membuat sumbangan berjumlah AS$7.7 bilion (RM25 bilion) tahun lalu, termasuk janji sebanyak AS$2.9 bilion (RM9.67 bilion). 
Editor majalah itu berkata, fakta paling penting daripada senarai adalah jumlah wang yang diperoleh daripada penyumbang masih hidup, berjumlah hampir sama dengan dengan dua tahun terdahulu digabungkan. 
“Ia adalah petanda pasti ekonomi semakin baik dan orang ramai semakin kurang berhati-hati,” kata Stacy Palmer. 
Sebahagian penderma terbesar negara itu tiada dalam senarai 2013, bukan disebabkan mereka tidak lagi bermurah hati tetapi kerana sumbangan pada 2013 merangkumi seperti dijanjikan tahun sebelumnya. 
Sebagai contoh, pengasas bersama Mircosoft, Bill Gates dan isterinya, Melinda, memberikan sumbangan kepada yayasan mereka lebih sedikit daripada AS$181.3 juta (RM604 juta) tahun lalu, tetapi menunaikan janji menyumbang kira-kira AS$3.3 bilion (RM11 bilion) yang dibuat pada 2004. 
Pengasas CNN, Ted Turner dan pengerusi Berkshire Hathaway, Warren Buffett, juga memberikan sumbangan besar sebagai menunaikan janji yang dibuat sebelumnya. 
Ia memerlukan sumbangan sekurang-kurangnya AS$37.5 juta (RM124 juta) untuk memasuki senarai tahun ini. Empat puluh dua daripada 50 penyumbang utama menderma sebanyak AS$50 juta (RM166 juta) atau lebih. 
Tiga puluh daripada mereka memberi sumbangan kepada kolej dan universiti, tetapi Palmer menyatakan kebanyakan sumbangan kepada kolej disalurkan kepada penyelidikan dan sains tahun ini, bukan kepada pembangunan, seperti tahun lalu. 
Sepuluh daripada 50 penyumbang memasuki senarai kerana wasiat selepas kematian mereka, termasuk penderma kedua terbesar 2013, George Mitchell, yang mengumpul kekayaan hasil pembabitan dalam tenaga dan hartanah. 
Di tempat ketiga ialah pengerusi Nike, Philip Knight dan isterinya, Penelope, dari Oregon yang memberi geran AS$500 juta (RM1.6 bilion) kepada penyelidikan barah Yayasan Kesihatan & Sains Universiti Oregon. 
Sementara di tangga keempat senarai dermawan ialah bekas Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg, yang menyumbang AS$452 juta (RM1.5 bilion) kepada seni, pendidikan, persekitaran, kesihatan awam dan perkara lain. –AP/Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.