Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 19 Februari 2014

Gajah Liar Masuk Kampung Di Telupid

Jabatan Hidupan Liar Sabah masih memantau pergerakan 30 ekor gajah yang memasuki Kampung Bauto. Foto: The Borneo Insider 

Gajah yang berjaya ditangkap semalam akan dipindahkan ke Hutan Simpan Deramakot, menggunakan lori

Gajah merosakkan tanaman penduduk kampung terbabit. Foto: Daily Express

Gajah masuk kampung mungkin kerana habitat mereka terancam atau untuk mendapatkan sumber makanan. Foto: The Borneo Insider


TELUPID - Jabatan Hidupan Liar Sabah masih memantau pergerakan 30 ekor gajah yang memasuki Kampung Bauto, di sini sejak Jumaat lalu. 
Penolong Pengarah Unit Penyelamat jabatan berkenaan, Jibius Dausip, berkata beliau bersama kakitangan yang terbabit masih tinggal di dewan serba guna kampung berkenaan untuk memantau keadaan dengan lebih dekat. 
Beliau berkata, pihaknya juga mendapatkan kerjasama polis dan penduduk kampung. 
Jibius yang juga Pengurus Operasi Stesen Sanktuari Gajah Borneo Kinabatangan berkata, kumpulan gajah itu yang datang dari Hutan Simpan Tangkulap masih berada di Hutan Kecil di Jalan Bukit Microwave. 
“Dua ekor gajah betina yang berjaya ditangkap semalam akan dipindahkan ke Hutan Simpan Deramakot, dekat sini dengan menggunakan lori dari Kota Kinabalu hari ini,” katanya ketika dihubungi BERNAMA, hari ini. 
Ditanya mengenai faktor gajah itu memasuki kampung, beliau percaya ia disebabkan dua perkara iaitu sama ada habitat mereka terancam atau untuk mendapatkan sumber makanan. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.