 |
Seramai 10 orang maut dan 12 terperangkap selepas sebuah auditorium runtuh di bandar Gyeongju, Korea Selatan. Foto: Reuters |
 |
Pasukan penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan. Foto: AP |
 |
Seorang mangsa yang terperangkap menunggu diselamatkan. Foto: The Australian |
 |
Pasukan penyelamat bertungkus-lumus mencari mangsa-mangsa atap runtuh di Gyeongju. Foto: AP |
SEOUL - Seramai 10 orang maut dan sekurang-kurangnya 12 lagi terperangkap selepas sebuah auditorium runtuh di pusat peranginan di bandar Gyeongju, Korea Selatan malam tadi, kata pekerja penyelamat.
Kira-kira 450 pelajar dipercayai menghadiri persembahan konsert di bangunan terbabit apabila bumbung auditorium itu runtuh pada kira-kira jam 9.15 malam waktu tempatan.
Pegawai polis berkata, 10 orang disahkan mati dan sekurang-kurangnya 12 lagi masih terperangkap dalam bangunan berkenaan berbanding 50 orang pada awal kejadian.
Sembilan yang terkorban ialah pelajar kolej manakala mangsa kesepuluh dipercayai penganjur konsert. - AFP/Berita Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.