Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 12 Februari 2014

Wanita Mengandung Anak Bermuka Dua

Renee Young dan Simon Howie dinasihatkan doktor supaya menggugurkan kandungan mereka

Imbasan tiga dimensi menunjukkan bayi itu mempunyai dua muka, dua otak, dua tangan tapi satu badan (seperti model di atas)

Anak-anak pasangan Howie dan Renee

Angel, Jess dan Patsy-Anne tidak fikir ibu mereka patut menggugurkan adik mereka

Renee Young tidak mengetahui bayinya bermasalah sehingga kehamilan berusia 15 minggu berdasarkan ultrasound rutin (di atas)


SYDNEY - Sepasang suami isteri berkeras enggan menggugurkan kandungan mereka yang disahkan mempunyai dua muka dan dua otak. 
Renee Young dan Simon Howie dari Tregear, di sini, dinasihatkan doktor supaya menggugurkan kandungan itu yang pada mulanya disangka kembar. 
“Kami terkejut apabila imbasan ultrabunyi menunjukkan anak dikandung sebenarnya seorang saja, bukannya kembar,” kata Renee. 
Imbasan tiga dimensi menunjukkan bayi itu mempunyai sepasang kaki dan tangan selain satu badan dan semua organ dalaman sempurna termasuk jantung. 
Doktor sebelum ini menasihatkan kandungan itu digugurkan bagi mengelak anak berkenaan menghadapi kesukaran kelak kerana dianggap pelik. 
Sebaliknya pasangan itu tegas mahu membesarkan anak mereka dengan penuh kasih sayang dan dikelilingi orang yang menyayanginya. 
Imbasan jelas menunjukkan dua muka bayi berkenaan masing-masing dengan mata, hidung dan mulut yang lengkap. 
“Kandungan ini kini berusia 19 minggu dan sihat dengan degupan jantung serta otak yang kuat,” kata Renee dalam rancangan A Current Affair - In Both Brains. 
Keadaan itu dikenali sebagai kraniofasial hiperhidrosis adalah sejenis kes kembar siam ekstrem dan terlalu jarang dilihat, malah hanya 35 kes direkodkan setakat ini. 
Tidak satu pun mampu hidup melepasi usia kanak-kanak. 
Kemungkinan itu tidak menggugat semangat pasangan terbabit, malah mereka berazam membesarkan bayi itu bersama tujuh anak mereka. 
“Keluarga kami sangat rapat dan kami percaya mampu melindungi bayi ini tidak kira apa pun kecacatannya. 
“Pada kami menggugurkannya perbuatan tidak bermoral. 
“Anak ini tiada bezanya dengan kanak-kanak yang mempunyai autisme atau sindrom Down. 
“Bayi ini sihat dan membesar elok dalam kandungan. Tidak wajar ia digugurkan,” kata Howie. 
Sementara itu, pakar obstetrik Greg Kesby berkata, ini kali pertama dia melihat kes seumpama itu.- Agensi/myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.