|
Pejabat Kadi Syarie Majlis Agama Islam Yala, Betong menjadi pilihan pasangan dari Malaysia untuk nikah. Foto: myMetro |
|
Mazlan (kiri) mengakui ramai pasangan dari Malaysia berkahwin di Betong. Foto: myMetro |
PENGKALAN HULU - Aktiviti ‘kahwin senyap’ oleh pasangan warga Malaysia di Betong, Selatan Thailand didapati meningkat mendadak berbanding beberapa bulan lalu berikutan proses perkahwinan di pekan sempadan negara jiran itu yang didakwa lebih pantas dan selamat berbanding di wilayah lain.
Permintaan tinggi rakyat Malaysia untuk berkahwin di Betong, menyebabkan Pejabat Kadi Syarie Majlis Agama Islam Yala berpejabat di pekan kecil berkenaan beroperasi tanpa cuti termasuk dibuka sehingga waktu malam untuk urusan perkahwinan termasuk pada Sabtu dan Ahad.
Malah, kakitangan pejabat kadi itu dilaporkan ‘tidak menang tangan’ bagi memenuhi permintaan ramai pasangan tempatan yang mahu berkahwin di pejabat berkenaan saban hari.
Seorang ejen nikah, Mazlan Mat Yusof, 38, berkata, peningkatan mendadak kehadiran pasangan Malaysia yang mahu berkahwin di Betong dipercayai ada kaitan dengan beberapa faktor seperti keselamatan, promosi iklan di Internet dan blog serta proses nikah yang lebih pantas.
Dia yang menetap di Ayer Panas, di sini, mendakwa sekurang-kurangnya lima pasangan dari Malaysia memasuki bandar Betong untuk berkahwin setiap hari. - myMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.