|
Sebuah pesawat pengangkut tentera berusia 32 tahun terhempas di kawasan pergunungan di Algeria |
|
Pesawat malang ini terhempas semasa dalam pernerbangan ke Constantine dari Tamanrasset |
|
Nahas dipercayai berlaku akibat cuaca buruk dan mengorbankan 77 orang dengan seorang terselamat |
ALGIERS - Sebuah pesawat pengangkut tentera Algeria terhempas di kawasan pergunungan di timur negara itu, hari ini mengorbankan 77 orang dengan seorang terselamat.
Pusat kawalan trafik udara gagal mengesan pesawat daripada radar dan perhubungan radio dengan pesawat C-130 Hercules buatan Amerika Syarikat pada tengah hari sebelum helekopter dikerah menjalankan operasi mencari.
Pesawat berkenaan akhirnya ditemui terhempas di Gunung Fortas berdekatan pekan Ain Kercha, 50 kilometer di barat daya Constantine, bandar utama di sebalah timur Algeria.
Ketika nahas, pesawat dalam pernerbangan ke Constantine dari Tamanrasset yang kini dalam operasi ketenteraan besar-besaran berikutan keadaan tidak stabil di sempadan selatan negara itu.
Pesawat berkenaan membawa 74 penumpang dan empat anak papal, kata tentera Algeria dalam satu kenyataan.
Nahas dipercayai berlaku akibat cuaca buruk.
Satu-satunya penumpang yang terselamat setakat ini ialah seorang anggota tentera yang hanya mengalami kecederaan di kepala dan kini dirawat di hospital tentera.
Sementara itu, Agensi Pertahanan Awam Algeria berkata, pesawat berkenaan patah tiga dengan wanita dan kanak-kanak antara yang maut.
Menjadi satu kebiasaan pesawat pengangkut tentera Algeris digunakan bukan saja untuk membawa anggota tentera, malah anggota keluarga mereka, termasuk orang awam.
Komander tentera Farid Nechad, yang mengetuai pasukan penyelamat berkata, setakat ini 55 mayat sudah ditemui di tempat nahas namun cuaca sejuk dan terdapat salji menyukarkan operasi. - AP/Berita Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.