|
Mezhyhirya, rumah mewah milik bekas Presiden Ukraine yang telah diusir oleh rakyatnya |
|
Seorang lelaki mencuba pili air mewah bersalut emas |
|
Tandas juga mewah |
|
Sebuah bilik makan, lengkap dengan candelier, meja makan dengan ruang untuk 16 orang dan lantai marmar berkilat |
|
Para pengunjung melihat patung burung nuri, malaikat dan telur hiasan melalui tingkap Mezhyhirya |
|
Sebuah piano putih jenama Steinway di dalam ruang yang luas dan di atas, pagar balkoni yang berhias mewah |
|
Gambar-gambar ikon agama tersusun di atas lantai marmar putih |
|
Bola terbiar di atas meja biliard mewah, seolah-olah permainan belum selesai |
|
Lagi perhiasan mewah |
|
Perhiasan kapal layar dalam kotak kaca |
|
Seorang penunjuk perasaan di Dataran Kemerdekaan turut cuba memetik piano di Mezhyhirya |
|
Satu botol brendi yang memaparkan gambar Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych yang disingkirkan |
|
Botol wain dan barangan kaca serta pinggan mangkuk berharga |
|
Koleksi kereta dan motosikal Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych yang digulingkan. Ia dipercayai bernilai berjuta-juta |
|
Seorang lelaki menunjukkan tanda bagus di belakang bar yang terletak di satu sudut di kediaman mewah itu |
|
Seorang pengunjung terpaku, mungkin membandingkan gaya hidup presiden dengan kehidupannya sendiri |
|
Dua lelaki ini hanya dapat mengintai gaya hidup mewah bekas presidennya setelah dia berjaya diusir oleh rakyat |
|
Lagi sebuah bilik mewah dengan perhiasan berharga |
|
Langsir mewah menjadi latar belakang hiasan piano putih |
|
Dewan makan dengan meja untuk 12 orang dan lampu candelier tergantung di atas |
|
Satu tab panas dan sebuah kolam renang tertutup |
|
Kerusi lounge mewah seolah-olah seperti dalam gua dengan akuarium yang memaparkan ikan eksotik |
|
Koleksi pedang lama juga terdapat di sini |
Apabila Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych melarikan diri ke suatu tempat yang tidak diketahui, dia telah meninggalkan rumah kediamannya, Mezhyhirya.
Sebaik mengetahui presiden mereka telah melarikan diri, rakyat Ukraine yang puratanya memperolehi pendapatan antara £2,400 (RM13,303) hingga £4,200 (RM23,280) setahun, telah berpusu-pusu untuk melihat rumah yang di tinggalkan itu.
Namun apa yang temui di rumah itu amatlah mengejutkan mereka. Rupanya Mezhyhirya penuh dengan harta kekayaan walaupun gaji rasmi Yanukovych sebagai presiden kurang daripada £15,000 (RM83,144).
Terdapat patung perhiasan yang bernilai berjuta-juta, piano putih berjenama Steinway, kepala paip bersadur emas, lampu-lampu candelier, lukisan berharga dan barangan kaca yang elegan serta pinggan mangkuk yang mewah. Bahkan dia juga mempunyai botol brendi peribadi yang memaparkan foto mukanya yangtersenyum.
Selain itu, rumah mewah ini juga dilengkapi dengan padang golf, pad helikopter, mini pawagam dan garaj penuh dengan kereta klasik bernilai tinggi, selain taman eksotik burung unta Australia dan Afrika.
Mezhyhirya terletak di puncak bukit dan di bawah bukit itu mengalir Sungai Dnipro.
Ramai pengunjung menggelengkan kepala dan hairan dan gaya hidup bekas presiden itu yang sentiasa menyatakan bahawa beliau berasal daripada rakyat Ukraine yang miskin.
Kisah kejatuhan Yanukovych ini sebenarnya tidak jauh bezanya dengan kisah kejatuhan bekas Presiden Marcos dari Filipina dahulu.
Marcos dan isterinya juga terpaksa melarikan diri dan meninggalkan Istana Malacanang secara tergesa-gesa.
Apabila rakyat memasuki istana tersebut selepas itu, mereka terpegun melihat gaya hidup mewah presiden itu, lebih-lebih lagi Imelda isteri Marcos yang meninggalkan beribu-ribu pasang kasut dan pakaian dalam!
Hanya kita tertanya-tanya, giliran pemimpin manakah selepas ini.... bagaimanakah cara dia jatuh.... dan apakah yang ditinggalkan....
Berita sebelumnya di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.