Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 19 Februari 2014

Asteroid Besar Melepasi Bumi Kelmarin

Gambaran artis tentang asteroid 2000 EM26 yang melepasi bumi kelmarin

Asteroid itu melepasi bumi pada jarak 3.4 juta kilometer, setahun selepas asteroid jatuh pada 15 Februari 2013 di Chelyabinsk, Russia


LONDON - Sebuah asteroid yang dianggarkan sebesar tiga padang bola melepasi bumi pada jarak dekat kelmarin, kira-kira setahun selepas sebuah asteroid lain sebelum ini meletup di Russia dan mencederakan 1,200 orang. 
Slooth Space Camera menjejaki asteroid itu yang melepasi bumi pada kelajuan 43 kilometer sejam bermula jam 2 pagi (GMT), menurut perkhidmatan teleskop robotik itu dalam laman Slooh.com. 
Kumpulan Astronomi Dubai memaparkan gambar Slooth di langit dalam laluannya yang mudah dilihat, tetapi pergerakannya tidak dapat diambil dalam paparan secara langsung di sebalik pemandangan bintang waktu malam. 
Asteroid sepanjang 270 meter itu melepasi bumi pada jarak 3.4 juta kilometer, lebih setahun selepas asteroid jatuh ke bumi pada 15 Februari 2013 di Chelyabinsk, Russia. 
Asteroid itu mencederakan 1,200 orang dan menyebabkan gelombang gegaran yang memecahkan tingkap dan merosakkan bangunan. 
Balai cerap paling canggih Slooh di Gunung Teide, Kepulauan Canary, Sepanyol dilitupi ais dan tidak boleh digunakan untuk pencerapan 2000 EM26, kata pengarah teknikal dan penyelidikan Slooh, Paul Cox menerusi paparan langsung laman Slooh. - REUTERS/Berita Harian

Berita sebelumnya di sini dan di sini 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.