Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 25 Februari 2014

Dulu Presiden Kini Pelarian

Bekas Presiden Viktor Yanukovych kini dikehendaki. Foto: Reuters

Poster Yanukovych dikehendaki yang ditampal di cermin sebuah kereta. Reuters

Dulu presiden yang berkuasa dan hidup mewah tapi kini jadi buruan pihak berkuasa. Foto:

Russia masih mengekalkan pangkalan tentera laut di pelabuhan Crimea meskipun kini Ukraine sebuah negara berdaulat

Yanukovych yang mempunyai hubungan erat dengan Presiden Russia, Vladimir Putin (kanan), dipercayai berlindung di Crimea


SIMFEROPOL (Ukraine) - Kerajaan sementara Ukraine semalam mengeluarkan waran tangkap ke atas Presiden Viktor Yanukovych, yang kali terakhir dilihat di Semenanjung Crimea, dengan tuduhan jenayah terhadap kumpulan ramai penunjuk perasaan yang menentang pentadbirannya. 
Desakan semakin memuncak di Ukraine supaya Yanukovych dibicarakan, atas dakwaan salah guna kuasa, mengkayakan penyokongnya dan menahan penunjuk perasaan. 
Kemarahan memuncak minggu lalu apabila penembak curi menyerang penunjuk perasaan dalam keganasan berdarah paling buruk dalam sejarah Ukraine. 
Pemangku menteri dalam negeri Ukraine, Arsen Avakhov, dalam halaman Facebook semalam berkata, waran sudah dikeluarkan untuk menangkap Yanukovych dan beberapa pegawai lain atas dakwaan “membunuh ramai orang awam.” 
Sekurang-kurangnya 82 orang, kebanyakannya penunjuk perasaan terbunuh dalam pertempuran di Kiev minggu lalu. 
Avakhov berkata Yanukovych tiba di Crimea, pada Ahad dan kemudian memandu ke lokasi yang tidak diketahui. 
Selepas menandatangani perjanjian dengan pembangkang untuk menamatkan konflik berdarah itu, Yanukovych meninggalkan ibu negara menuju ke timur Ukraine. 
Avakhov berkata dia cuba untuk menaiki penerbangan keluar dari Donetsk tetapi dihalang, dan kemudian pergi ke Crimea. 
Ketegangan semakin memuncak di Crimea, di mana penunjuk perasaan pro-Russia mengibarkan bendera Russia di dewan bandaraya di sebuah bandar dan bertempur dengan polis. Russia mengekalkan pangkalan tentera laut di pelabuhan Sevastopol, Crimean yang menyulitkan hubungan dengan negara itu sejak dua dekad. 
“Kita mesti mencari Yanukovych untuk dibicarakan,” kata penunjuk perasaan Leonid Shovtak, petani berusia 50 tahun dari wilayah Ivano-Frankivsk di barat, yang datang ke Dataran Kemerdekaan Kiev untuk mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan itu. “Semua penjenayah mesti dipenjarakan.” 
Speaker parlimen, Oleksandr Turchi mengambil alih kuasa presiden kelmarin, meskipun pegawai presiden memberitahu AP kelmarin bahawa Yanukovych berhasrat untuk terus memegang kuasa. - AP/Berita Harian

Berita sebelumnya di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.