|
Miranda Barbour, 19, mengaku dirinya seorang pemuja syaitan |
|
Troy LaFerrara (kiri) merupakan salah seorang mangsa Miranda |
|
Miranda Barbour juga mengaku dia adalah seorang pembunuh bersiri yang telah membunuh ramai mangsa. Foto: AP |
|
Perbuatan kejam Miranda Barbour dibantu oleh suaminya, Elytte Barbour, 22. Foto: AP |
SUNBURY (Pennsylvania) - Seorang wanita pemuja syaitan yang dikenakan tuduhan membunuh bersama suaminya mengakui dia pembunuh bersiri.
Akhbar tempatan, Daily Item melaporkan, Miranda Barbour, 19, mengaku bersalah membunuh Troy LaFerrara di Port Trevorton pada 11 November.
Dia juga mengaku membunuh ramai lagi di Alaska, Texas, Carolina Utara dan California sejak enam tahun lalu.
“Apabila jumlah yang saya bunuh mencecah 22 orang, saya berhenti mengira,” kata Miranda.
Dia mendedahkan kekejamannya kepada media dalam temu bual menerusi telefon di Penjara Northumberland County baru-baru ini dan berkata, “Saya boleh tunjukkan tempat mereka berada.” Katanya, dia sedia mengaku salah atas tuduhan membunuh LaFerrara.
La Ferrara dibunuh selepas bersetuju mengadakan seks dengan bayaran AS$100 (RM330) selepas mereka berkenalan melalui laman Craiglist.
Miranda didakwa menikam LaFerrara 20 kali sementara suaminya, Elytte Barbour, 22, menjerut leher mangsa dengan tali.
Miranda memberitahu media, dia mengaku melakukan jenayah berkenaan kerana mahu berhenti hidup berpura-pura tetapi tidak menyesal dengan perbuatannya itu kerana baginya, dia hanya membunuh “penjahat.”
“Sudah tiba masa saya luahkan semuanya. Saya tidak peduli sama ada orang ramai mahu mempercayai saya atau tidak yang penting saya mahu meluahkannya,” katanya.
Dia pernah dicabul saudaranya ketika berumur empat tahun menyertai kumpulan pemuja syaitan di Alaska pada usia 13 tahun sebelum mula membunuh.
Katanya, dia pernah dua kali hamil dan menggugurkan satu daripadanya.
Ketua polis Sunbury Steve Mazzeo berkata, pihak berkuasa memandang serius pengakuan Miranda.
“Kami meneliti rakaman pengakuannya dan saya tidak mahu mengesahkan atau menyangkal apa-apa buat masa ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. - myMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.