|
Jose Salvador Alvarenga pulang ke tempat asalnya kelmarin selepas hanyut di tengah lautan selama lebih setahun |
|
Apabila mikrofon kepadanya, Alvarenga menutup muka dan menangis |
|
Menteri Luar El Salvador, Jaime Miranda (dua dari kiri) antara yang menyambut kepulangan Miranda |
|
Alvarenga seterusnya dibawa menaiki sebuah ambulans menuju ke Hospital Kebangsaan San Rafael |
|
Ketika keluar dari ambulans, lelaki hanyut ini cuba untuk menjawab beberapa soalan yang dilaungkan oleh orang ramai |
|
Saat pertemuan antara Alvarenga dengan ibunya di Hospital Kebangsaan San Rafael |
|
"Dia sudah sebati dengan lautan," kata ayah Alvarenga tentang anaknya |
SAN SALVADOR, El Salvador (AP) - Jose Salvador Alvarenga pulang ke tempat asalnya kelmarin selepas hanyut di tengah lautan selama lebih setahun.
Lelaki berusia 37 tahun itu yang menyatakan dia hanyut di atas sebuah bot kecil di Lautan Pasifik selepas keluar menangkap jerung di perairan Mexico, tiba di sini kelmarin.
Dia sebelum ini ditemui terdampar di Kepulauan Marshall, Lautan Pasifik sebelum diselamatkan pihak berkuasa negara berkenaan.
Sejurus tiba di sebuah lapangan terbang dekat sini, Alvarenga yang duduk di kerusi roda ditolak di hadapan lebih 100 wartawan untuk satu sidang akhbar.
Namun, apabila Menteri Luar El Salvador, Jaime Miranda memberikan mikrofon kepadanya, Alvarenga yang berbaju-T biru bersama seluar khaki dan kasut tenis hanya membisu.
Dia kemudian menutup muka menggunakan kedua-dua tangannya dan kelihatan menangis.
"Kami meminta agar anda semua faham. Dia (Alvarenda ) menempuh perjalanan yang amat meletihkan," kata Miranda.
Alvarenga seterusnya menaiki sebuah ambulans menuju ke Hospital Kebangsaan San Rafael di sini untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
Ketika keluar dari ambulans, lelaki hanyut itu cuba untuk menjawab beberapa soalan yang dilaungkan oleh orang ramai.
"Apa perasaan anda? Saya gembira kerana selamat tiba (di tanah air)," jawabnya.
Kisah Alvarenga mengejutkan dunia apabila dia dihanyutkan ke pulau terumbu karang Ebon, Kepulauan Marshall hampir dua minggu lalu.
Lelaki itu kelihatan sihat dan tidak terbakar kulitnya walaupun terapung lebih setahun di tengah lautan.
Namun, Alvarenda yang sebelum ini lebih gempal mengalami kekurangan air dalam badan manakala tubuhnya juga bengkak.
Perjalanan pulang selepas berehat dan menjalani rawatan kesihatan seminggu di ibu negeri Kepulauan Marshall, Majuro dilengahkan di Honolulu dan Los Angeles.
Kelewatan itu ekoran doktor-doktor mengadakan pemeriksaan lanjut bagi melihat sama ada dia cukup sihat untuk meneruskan perjalanan ke El Salvador.
"Saya sungguh gembira mendapat tahu dia masih hidup dan dia telah pulang. Saya mahu memeluknya," kata seorang ibu saudara lelaki tersebut, Emma Alvarenga.
Emma tiba di lapangan terbang itu untuk melihat Alvarenga tetapi tidak dibenarkan memasuki bilik menunggu VIP tempat anak saudaranya berada.
Ayah Alvarenga, Jose Ricardo Orellana, 65, yang memiliki sebuah kedai dan kilang gandum di sini berkata, anak lelakinya mula keluar ke laut pada usia 14 tahun.
"Dia sudah sebati dengan lautan," kata Orellana. - AP/Kosmo!
Berita sebelum ini di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.