Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 19 Februari 2014

Undang-Undang Benar Kanak-kanak Dirotan Dicadang

Seorang penggubal undang-undang di Negeri Kansas mencadangkan rang undang-undang yang membolehkan kanak-kanak dirotan

Finney yang mencadangkan rang undang-undang itu mahu memulihkan hak ibu bapa dan meningkatkan disiplin

Namun John Rubin, Pengerusi Jawatankuasa Koreksi dan Keadilan Juvana tidak pasti rang undang-undang itu akan dipertimbangkan


Seorang penggubal undang-undang di Negeri Kansas telah mencadangkan rang undang-undang yang akan membolehkan guru-guru, penjaga dan ibu bapa merotan kanak-kanak sehingga meninggalkan kesan. 
Undang-undang di Negeri Kansas pada masa ini membolehkan ibu bapa menampar anak-anak mereka, selagi tidak meninggalkan kesan. 
MailOnline semalam melaporkan, Ahli Dewan Perwakilan Negeri Gail Finney, seorang Demokrat dari Wichita, berkata, dia mahu membenarkan sehingga 10 serangan tangan yang boleh meninggalkan kemerahan dan lebam. 
Rang undang-undang itu juga akan membolehkan ibu bapa memberi kebenaran kepada orang lain untuk merotan anak-anak mereka. 
Namun rang undang-undang itu akan terus mengharamkan memukul anak dengan tangan, di kepala atau badan, atau dengan tali pinggang. 
Finney berkata, dia mahu memulihkan hak ibu bapa dan meningkatkan disiplin. 
Bagaimanapun, John Rubin, Pengerusi Jawatankuasa Koreksi dan Keadilan Juvana berkata, dia tidak pasti jawatankuasa akan mempertimbangkan rang undang-undang tersebut. 
Manakala pakar jururawat pediatrik dan penderaan kanak-kanak, Amy Terreros memberitahu, cara itu kurang berkesan dan cenderung untuk membawa kanak-kanak kepada tingkah laku yang lebih agresif. 
Bagi peguam Britt Colle, orang yang pertama mengemukakan cadangan itu kepada Finney, rang undang-undang itu pada dasarnya mentakrifkan pukulan bersama-sama dengan sekatan fizikal yang munasabah dan menjelaskan apa yang ibu bapa boleh dan tidak boleh buat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.