Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 19 Februari 2014

Ditahan Polis Kerana Gagal Kembalikan Pita Video

Kayla Finley, 27, ditahan polis kerana gagal mengembalikan pita video filem lakonan Jane Fonda berjudul ‘Monster-in-Law’

Salah satu adegan lakonan Jane Fonda dan Jennifer Lopez dalam filem Monster-in-Law




WASHINGTON - Seorang wanita berusia 27 tahun ditahan polis semalam selepas gagal mengembalikan pita video filem lakonan Jane Fonda berjudul ‘Monster-in-Law’ yang disewanya sembilan tahun lalu di sebuah kedai video. 
Pejabat Sherif Daerah Pickens berkata, mereka tidak mempunyai pilihan selain terpaksa menahan seorang wanita itu. 
Jurucakap Sherif, Timbalan Cif Creed Hashe berkata, wanita itu, Kayla Finley pada mulanya pergi ke pejabat Sherif pada petang Khamis lalu untuk membuat aduan berhubung kes rumahtangganya. 
Namun, selepas namanya ditaip ke dalam pangkalan data, terdapat satu waran tangkap terhadap dirinya yang dikeluarkan pada September 2005. 
Finley telah ditahan di dalam lokap satu malam sebelum dihadapkan ke mahkamah pada hari berikutnya yang kemudian memerintah dia membayar bon jaminan sebanyak AS$2,000 (RM6,595) sehingga kesnya disebut semula. - AFP/Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.