Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 6 November 2012

Isteri Presiden Korea Selatan Disiasat

Presiden Korea Selatan dan Wanita Pertama

SEOUL: Isteri Presiden Korea Selatan, Lee Myung-Bak, Kim Yoon-Ok akan disoal siasat dalam siasatan terhadap jual beli rumah persaraan presiden yang sebelum ini turut membabitkan adik dan anak lelaki Lee, kata pihak berkuasa semalam.
Pembabitan Kim dalam siasatan itu berlaku ketika waktu sensitif di mana Korea Selatan bakal berhadapan dengan satu pilihan raya presiden pada 19 Disember.
"Kami memutuskan untuk menyiasat wanita pertama Kim," kata pembantu khas konsul, Lee Chang-Hoon kepada pemberita semalam. AFP

_______________________________________________________________________

Kini giliran wanita pertama Korea Selatan pula yang kena siasat. Tak mustahil selepas ini, presiden sendiri pun kena siasat. Bukan selepas bersara, tapi semasa memegang jawatan!
Betul juga tindak mereka yang berkenaan. Setakat siasat bukannya fitnah. Fitnah ialah tuduhan yang tak pernah disiasat dan tak pernah dibuktikan.
Jika hasil siasatan mendapati tuduhan tak ada bukti, maka presiden dan keluarganya akan terlepas daripada fitnah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.