GEORGE TOWN - Seorang wanita muda menjadi perbualan di kalangan penduduk bandar ini selepas gambarnya sedang kencing di dalam lif dirakam oleh CCTV.
Rakaman menunjukkan wanita yang dipercayai dalam lingkungan usia 20-an sedang kencing di dalam lif pada jam 6:07 padi 10 Oktober lalu.
Setiausaha pengurusan flat Sri Saujana, Yeoh Kean Huat berkata wanita itu yang dipercayai warganegara China tidak pernah dilihat sejak kejadian itu.
Rakaman selama 16 saat itu menunjukkan wanita itu melihat ke arah kamera sebelum menanggalkan seluar pendeknya untuk membuang air kecil.
Dia kemudian menekan beberapa butang di dalam lif.
Yeoh percaya wanita itu tinggal di tingkat 13.
Berikutan peristiwa itu, satu mesyuarat telah diadakan dan Yeoh berkata mereka memutuskan untuk meletakkan cetakan rakaman CCTV dengan bahagian mata wanita itu dihitamkan, dan ditampal di papan notis sebagai tanda amaran kepada orang lain.
Kredit: The Star
_______________________________________________________________________
Sebelum kencing, wanita itu melihat ke arah kamera CCTV? Maknanya, dia tahulah kelakuan dia tengah diperhatikan melalui CCTV. Sebab dia tidak melindungi mukanya. Tapi, adakah orang sekarang yang tak faham tentang CCTV? Dia juga tidak beralih ke tempat yang agak terlindung dari CCTV. Kemudian dengan selamba membuka seluar pendeknya. Lepas tu, dia kencing berdiri. Wanita itu tak ada kemaluan kot?
Dia juga menekan beberapa butang lif? Butang pintu ke? Mungkin keadaan dalam lif selepas itu dah berbau hancing agaknya. Jadi, dia tekan butang lif supaya pintu terbuka. Setiap kali pintu terbuka, tentu bau hancing berkurangan. Sehinggalah dia sampai ke tingkat 13.
Lucunya, walaupun gambar dari CCTV itu ditampal di papan kenyataan, tetapi bahagian mata wanita itu dihitamkan. Mungkin tindakan pihak pengurusan flat itu bertujuan untuk tidak memalukan wanita berkenaan. Tapi, wanita itu sendiri tidak malu berkelakuan begitu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.