Imej UFO yang dirakamkan oleh seorang jurukamera tv KXAS di Fort Worth, Texas pada tahun ini |
SRINAGAR: Tentera India dan Pasukan Polis Sempadan India-Tibet (ITBP) mendakwa mereka melihat sekurang-kurangnya 100 Objek Terbang Tidak Dikenali (UFO) di ruang udara Jammu dan Kashmir antara 1 Ogos dan 15 Oktober tahun ini.
"Objek bercahaya yang dilihat, bukan pesawat tanpa pemandu, kapal terbang atau satelit yang mengorbit bumi," kata India Today memetik kenyataan seorang pegawai tentera yang sedang menjalankan kajian ke atas gambar kabur diambil pasukan ITBP.
Laporan mengenai kehadiran UFO pernah dibuat di wilayah Ladakh sebelum ini. Bagaimanapun kehadiran objek tidak dikenali yang semakin kerap, mendorong pihak tentera menjalankan kajian terperinci mengenainya.
Pasukan itu cuba mengenal pasti objek itu September lalu, menggunakan radar dari darat dan penganalisis spektrum, tetapi gagal, berikutan kedua-dua peranti gagal mengesannya.
Agensi. Berita Harian 5.10.2012
_______________________________________________________________________
Apakah beza berita di atas dengan berita tentang UFO yang terdapat di Amerika Syarikat (AS)? Kalau di AS, UFO selalunya dilihat oleh orang awam tetapi dinafi atau tidak disahkan oleh pihak kerajaan. Tetapi UFO di India dilihat oleh pihak tentera! Apa yang menariknya, UFO berkenaan dapat dilihat oleh manusia tetapi gagal dikesan oleh radar! Objek apakah itu sebenarnya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.