|
Taufan Sandy yang melanda pantai timur AS dilihat dari Stesen Angkasa Lepas ISS. |
NEW JERSEY - Taufan baru diberi nama Nor'easter yang dijangka melanda timur Amerika Syarikat diramal menjejaskan usaha pemulihan daripada kesan dibadai Sandy lebih seminggu lalu.
Petanda awal ialah hujan akan mula turun hari ini sebelum menjadi semakin lebat, kata pakar meteorologi.
Keadaan dilaporkan menjadi semakin teruk kerana suhu terus panas, perkembangan tidak baik kepada 1.2 juta penduduk yang belum mendapat semula bekalan elektrik. Agensi
_______________________________________________________________________
Nampaknya, negara Uncle Sam akan ditimpa musibah sekali lagi. Selepas dilanda Taufan Sandy dua minggu lalu, yang mengakibatkan kerugian US$50 bilion (RM150 bilion) dan lebih 100 orang terbunuh, kini negara Uncle Sam akan dilanda pula oleh Taufan Nor'easter.
Jika sekiranya bencana berulang kali seperti ini menimpa negara-negara Islam, pasti ada golongan yang akan mengajak manusia kembali kepada kehidupan beragama. Sebab, mereka menganggap bencana itu sebagai 'bala' dan signal daripada Tuhan Semesta Alam.
Tetapi di AS, bencana yang berlaku berulang kali seperti ini pun, hanya dianggap sebagai perkara biasa atau disebabkan faktor alam.
Tak apalah. Biarkanlah mereka dengan kepercayaan mereka. Hanya dibimbangi mereka akan jadi seperti umat Nabi Nuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.