Presiden Mohamed Mursi (tengah), Naib Presiden Mahmoud Mekky (kiri) dan pemimpin lain semasa mengumumkan penarikan dekri khas di Istana Presiden pada 8 Disember lalu. Foto: Reuters |
Penunjuk perasaan membantah dekri presiden. |
Lagi penunjuk perasaan. |
Penunjuk perasaan tidak menghiraukan kehadiran kereta kebal tentera. |
Tentera Mesir mengangkat konkrit untuk membina tembok mengelilingi Istana Presiden |
Tentera Mesir bertungkus-lumus menyiapkan tembok penghalang |
Tembok sementara diharap dapat menghalang penunjuk perasaan menghampiri Istana Presiden |
Tempat ini juga terpaksa ditutup |
Tentera bekerja keras sehingga cuaca gelap |
Presiden Mursi bagaimanapun tidak tinggal di Istana Presiden sejak mula memegang jawatan |
KAHERAH - Penentang politik Presiden Mesir, Mohamed Morsi, semalam menimbang sama ada memberhentikan atau terus mengadakan bantahan besar-besaran selepas beliau menarik balik dekri presiden.
Pembantu Morsi berkata, presiden bersetuju membatalkan kuasa mutlak yang diumumkan bulan lalu menerusi dekri khas itu.
Tetapi, Morsi masih meneruskan pungutan suara 15 Disember depan mengenai Perlembagaan baru kontroversi yang dirangka panel blok penyokong presiden.
Gabungan pembangkang, Barisan Pembebasan Kebangsaan, akan bertemu untuk membincangkan kedudukannya selepas pengumuman itu, kata setiausaha agung salah satu parti utama, Emad Abu Ghazi. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.