CALIFORNIA - Saintis meramalkan bahawa planet yang mirip seperti Bumi akan ditemui tahun hadapan. Planet yang mempunyai saiz yang sama dengan bumi itu akan menjadi objek pemerhatian saintis melalui misi Kepler.Planet "alien" (asing) itu bukan sahaja mempunyai bentuk dan saiz yang sama dengan bumi, tetapi juga mengelilingi matahari mereka sendiri. Planet asing ini akan ditemui pada tahun 2013 dan akan memberikan pengetahuan baru kepada para saintis berkaitan alam semesta.Ahli astronomi telah menemui sejumlah exoplanet (planet yang berada di luar sistem Tata Surya) sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Saintis mengatakan, penemuan exoplanet ini akan memberikan kunci untuk mengetahui suhu ataupun saiz planet asing tersebut."Saya percaya bahawa planet 'kembar bumi' pertama kali akan ditemui tahun hadapan," kata Abel Mendez, penyelidik dari Planetary habitability Laboratory di University of Puerto Rico, Arecibo.Ahli astronomi menemui orbit exoplanet pertama, iaitu bintang yang menyerupai matahari pada tahun 1995. Sejak penemuan itu, saintis mendapati lebih dari ratusan planet yang ada di luar sistem Tata Suria.Pada Disember tahun lalu, misi pesawat luar angkasa Kepler menemui planet yang mempunyai saiz 2.4 kali ganda daripada bumi, yang mengorbit di zon layak huni. Saintis meneliti apakah planet tersebut mempunyai kandungan air, yang membolehkan wujudnya hidupan.
Allah berfirman dalam al-Quran:
"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.
Jumaat, 28 Disember 2012
Planet Alien Bakal Ditemui Tahun 2013?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.