Musang hendak merampas daging daripada helang tetapi dihalang oleh helang dengan menggunakan kukunya. |
Musang tidak mengalah dan melawan helang dengan mengeluarkan bunyi garang dan mempamerkan taringnya |
Malangnya taring musang yang pendek langsung tidak menakutkan helang. Pertarungan berlaku. |
Akhirnya, musang terpaksa cabut lari kerana tidak tahan dengan cakaran kuku dan patukan paruh helang |
Pada hari itu musang gagal merampas daging daripada helang untuk makanan tengah harinya. |
Gambar-gambar di atas diambil oleh juru gambar Belgium, Yves Adams. Gambar diambil pada waktu tengah hari ketika suhu -20C di Bulgaria.
Renungankanlah betapa sukarnya kedua makhluk Allah tersebut hendak mendapatkan rezeki mereka pada hari berkenaan. Atau anda mempunyai tafsiran sendiri tentang gambar-gambar berkenaan. - Foto: Mail Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.