Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 4 Disember 2012

Kenderaan Boleh Terbang

Motor roda tiga ini dipanggil super sky cycle, dilengkapi dengan enjin 582cc dan tiga bilah kipas 68 inci

Anda boleh menunggangnya keluar dari garaj rumah anda. Kenderaan ini boleh mencapai kelajuan 65 batu sejam di atas jalan raya.

Anda boleh mengisi minyak di stesen minyak biasa macam kenderaan lain. Stesen minyak macam nih kan ada kat Malaysia.

Lepas tu anda bolehlah terbang setinggi 20 kaki dengan kelajuan 35 batu sejam ke tempat yang anda tuju.

Anda boleh mendarat di atas lapangan 20 kaki dan bilah kipas boleh dilipat.
Anda boleh menunggang balik ke rumah dengan rileks

Lepas tu simpan kenderaan ini elok-elok dalam garaj.
Jika anda mahu, penutup boleh ditanggalkan dan biar nampaknya rangkanya. Comelkan!

Baguskan!
Boleh membantu kita melepasi kesesakan jalan raya
Kita boleh terbang selama lima jam (300 batu) dengan mengisi satu tangki bahan api
Harga sebuah pun tak mahal - hanya US$75,000 (RM225,000)
Mahal? Tak apa... kita tunggu buatan China punya!
Tapi memerlukan lesen juruterbang... ini yang lemah nih!
Lagi pun bolehkah benda nih diguna kat Malaysia?
Undang-undang tu satu masalah...
Tapi kalau dah ramai-ramai guna benda nih, praktikal ke?
Tak ke sesak ruang udara dengan benda nih semua?
Lagi pun kerajaan nak bagi kelulusan ke?
Alangkan motor atas jalan pun ramai yang eksiden!
Yang eksiden tu dah termasuk yang ada lesen motor tu...
Ini kan pula motor atas angin?
Orang yang gayat macam mana...?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.