Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 19 Disember 2012

Tengkorak Alien Ditemui Di Mexico?

Salah satu daripada 13 tengkorak aneh yang ditemui di tanah perkuburan di Mexico.

Memang sah, tengkorak ini bukan milik manusia biasa.

Apakah tengkorak ini tengkorak alien? Beginikah rupa tengkorak alien?

Bukankah tengkorak aneh itu serupa dengan alien dalam filem Ridley Scott?

Nanti! Anda jangan silap faham! Di atas ini ialah tiga lukisan menunjukkan kaedah yang telah digunakan oleh orang-orang Maya untuk membentuk kepala kanak-kanak.

Lukisan Paul Kane ini juga menunjukkan kanak-kanak Chinookan dalam proses melonjongkan kepala!

Ahli arkeologi sedang bekerja di tapak, di mana 25 rangka purba ditemui.

Rangka manusia ini dipercayai berusia 1,000 tahun.

Ditemui di Onava, sebuah perkampungan kecil di Meksiko.

Dahsyatlah orang Maya nie! Boleh bengong orang moden dibuatnya...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.