Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Ahad, 16 Disember 2012

Wanita Perokok Cepat Mati?

Foto hiasan


Alberta: Wanita yang merokok walaupun sebatang sehari berisiko tinggi meninggal dunia secara tiba-tiba akibat serangan jantung dan masalah berkaitan jantung, kata penyelidik. 
Risiko itu dua kali ganda berbanding wanita yang tidak merokok, dan lebih tinggi bagi perokok yang sudah lama mengamalkan tabiat buruk itu. 
Satu kajian baru menunjukkan perokok wanita berdepan bahaya jantung lebih tinggi berbanding yang disangka sebelum ini, walaupun mereka kelihatan sihat. Namun ancaman itu boleh dikurangkan dalam masa lima tahun jika mereka berhenti merokok, kata penyelidik Kanada. 
Ketua penulis kajian, Roopinder Sandhu, yang juga pakar elektrofisiologi kardiak di Institut Jantung Mazankowski, Universiti Alberta, berkata: “Kematian kardiak tiba-tiba selalunya menjadi petanda pertama sakit jantung dalam kalangan wanita, jadi, perubahan gaya hidup yang mengurangkan risiko amat penting. – Agensi / Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.