Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 20 Disember 2012

Kehidupan Obama Sebagai Presiden AS

Presiden Barack Obama masih sempat bermain dengan anak seorang staf White House yang memakai kostum Spider-Man di luar Pejabat Oval (pejabat presiden) pada bulan Oktober lalu.



Presiden Obama masih sempat memeluk anak-anak perempuannya Sasha dan Malia sebelum menyampaikan ucapan di Konvensyen Parti Demokratik Kebangsaan di Charlotte.

 Presiden Obama masih sempat bersama isterinya melihat keindahan panorama dan bersantai di pantai Tasik Michigan, di Chicago.

Presiden Obama masih sempat bermain pistol air bersama anak perempuannya Sasha semasa sambutan ulang tahun ke-10 anaknya itu di Camp David, Maryland.

Presiden Obama masih sempat bersembang dengan Naib Presiden Biden sebelum acara di Strawbery Banke Museum di Portsmouth, New Hampshire pada 7 September lalu.

Masih sempat menyaksikan perlawanan bola keranjang pasukan anaknya, Sasha Obama pada bulan Februari.

Presiden Barack Obama masih sempat melakukan riadah bersama Naib Presiden Joe Biden di halaman White House pada April 24, 2009

Presiden Barack Obama masih sempat meniup bola semasa mendengar taklimat penasihat di Bilik Roosevelt di White House pada 4 Mei 2009.

Presiden Obama masih sempat tersenyum pada 21 Januari, ketika berada dalam lif untuk naik ke kediaman peribadi presiden di tingkat atas White House selepas menghadiri upacara perlantikan dan mengangkat sumpah sebagai Presiden.

Presiden Barack Obama masih sempat bersantai bersama isterinya memakai cermin mata 3-D sambil menonton TV komersial semasa perlawanan Super Bowl 43, Arizona Cardinals lawan Pittsburgh Steelers, dalam teater keluarga White House.

Presiden Obama masih sempat menimang seorang bayi pada 4 April, 2009 ketika menghadiri suatu acara di hotel Prague.

HASILNYA: Beliau memenangi semula Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) walaupun kadar pengangguran di negara itu yang lebih tinggi. 
Dia merupakan Presiden AS dari Parti Demokrat yang pertama memenangi dua penggal berturut-turut dengan lebih 50 peratus undi, sesuatu yang tidak pernah berlaku selepas Franklin Delano Roosevelt. 
Dalam edisi terbaru, TIME menjelaskan keputusan untuk menamakan Obama sebagai pemenang. 
'Kita berada di tengah-tengah perubahan budaya dan demografi bersejarah, dan Barack Obama adalah kedua-dua simbol itu selain menjadi arkitek Amerika baru,' tulis editor majalah berkenaan.
_______________________________________________________________________ 

Khusus buat mereka yang selalu sibuk
terutama bagi mereka yang lebih mengutamakan 'tugas'
sehingga tak ada masa untuk isteri
tak ada masa untuk bersama anak-anak sendiri
tak ada masa menziarahi sanak saudara
tak ada masa untuk sahabat handai
tak ada masa nak dengar masalah para pengundi
 
Tapi.... 
Ada hati nak minta undi
dalam pilihan raya nanti! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.