|
Kereta yang ditumpangi mangsa remuk. Foto: myMetro. |
|
Grafik: Sinar Harian |
|
Keadaan kereta Ford Laser bapa mangsa selepas kemalangan. Foto: Kosmo! |
|
Tinggal gambar. Seluruh badannya hancur hingga menampakkan tulang, manakala kepalanya pula berkecai dan hanya meninggalkan cebisan rambut. Foto: Sinar Harian.
|
SEBERANG JAYA - Ayah mangsa, Said Ibu Aslam GM Ismail, 47, menceritakan kembali detik kejadian malang yang mengorbankan anaknya itu berlaku ketika mereka di dalam perjalanan pulang ke Air Itam, Pulau Pinang selepas berkelah di Bukit Merah Lake Town Resort, Perak.
“Kami sekeluarga bertolak kira-kira jam 6 petang selepas bermandi-manda di Bukit Merah Laketown Resort di Taiping, Perak. Pada mulanya, saya memandu di lorong kanan namun masuk ke lorong kiri apabila terdapat kenderaan di belakang yang ingin memotong.
“Apabila melalui laluan yang agak gelap, saya ternampak bangkai anjing di hadapan dan cuba mengelaknya namun gagal," katanya.
Akibat itu, dua anaknya, Nur Aisyah Aslam, 2, dan Muhammad Aslam Maricar, 3, yang duduk di belakang tercampak keluar disebabkan kenderaan berpusing selepas melanggar anjing tersebut.
“Bagaimanapun, isteri, dua anak dan adik ipar saya selamat,” katanya ketika ditemui di perkarangan wad kanak-kanak Hospital Seberang Jaya, semalam.
Said Ibnu Aslam berkata, beliau mencari kedua-dua anaknya yang tercampak dan menemui anak bongsunya yang tertiarap di dalam longkang.
“Saya kemudiannya mencari arwah di merata tempat termasuklah di tepi lebuh raya dan hutan kira-kira dua jam namun gagal ditemui.
“Tidak lama kemudian, saya menerima panggilan seseorang yang meminta untuk ke hospital kerana telah menemui anak saya.
“Hancur luluh hati ini apabila diberitahu anak saya meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati,” katanya.
Dia sekeluarga reda dengan pemergian arwah.
Antara perubahan ketara yang ditunjukkan ialah arwah seringkali memeluk dan menciumnya serta mengungkapkan perkataan sayang kepadanya serta ahli keluarga lain tiga hari sebelum kejadian.
Katanya, dia tidak menyangka itu adalah petanda anak kesayangannya itu akan meninggalkan mereka buat selamanya.
“Arwah berkali-kali mahu mengikut saya bersolat di masjid sejak beberapa hari lalu.
“Dalam perjalanan pulang pula, dia mencium saya beberapa kali dan arwah sempat makan jeli kelapa yang dibeli ketika kami singgah di pasar malam Taiping sebelum kejadian,” katanya.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke HSJ untuk bedah siasat dan dituntut ahli keluarga kira-kira jam 3 pagi dan selamat dikebumikan pada jam 4 pagi. - Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.