|
Penerbangan EgyptAir terpaksa berpatah balik kerana seorang penumpang digigit ular yang diseludup. |
KAHERAH - Penerbangan EgyptAir terpaksa berpatah balik pada Isnin lalu selepas seorang penumpang digigit ular yang diseludupkannya ke dalam pesawat.
Para juruterbang memutuskan untuk melakukan pendaratan kecemasan di lapangan terbang berhampiran selepas mendengar jeritan mangsa.
Laman web Al Ahram melaporkan bahawa penumpang tersebut adalah dari Jordan dan telah menyembunyikan haiwan berkenaan dalam bagasi tangan beliau.
|
Pesawat mendarat di Lapangan Terbang Hurgada, 300 km di selatan Kaherah. |
Penerbangan yang menuju Kuwait itu, mendarat di lapangan terbang Hurgada, kira-kira 300 km selatan Kaherah, ibu negara Mesir.
Setelah mendarat, penumpang yang cedera itu telah dibawa ke hospital dan ular tersebut telah dirampas oleh pihak berkuasa lapangan terbang. Penerbangan kemudian meneruskan perjalanan ke Kuwait tanpa sebarang insiden.
Kejadian ini berlaku dua minggu selepas penumpang 'gelap' kala jengking menyebabkan keadaan panik di pesawat apabila ia menyengat seorang penumpang semasa penerbangan trans-Atlantik. - Mail Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.