Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 6 Disember 2012

Perhimpunan Yahudi Ortodoks Di New York

Seorang lelaki duduk bersendirian sebelum perhimpunan besar-besaran Yahudi Satmar Hasidic di New York untuk meraikan ulang tahun 68 penyelamatan pengasas mereka, Rabbi Joel Teitelbaum, dari cengkaman Nazi

Seorang lelaki kelihatan menggunakan teropong semasa perhimpunan

Teitelbaum tinggal di Jerusalem selama beberapa tahun selepas perang dan beliau kemudian berpindah ke Amerika Syarikat dan menetap di Williamsburg di Utara Brooklyn, di mana beliau mengumpulkan ramai pengikutnya.

Rabbi tersebut telah diselamatkan pada tahun 1944 dari Nazi di Transylvania sebagai hasil perjanjian antara Zionis Hungari dengan Adolf Eichmann, salah satu penganjur utama Holocaust

Pendekatan Teitelbaum kepada Judaisme telah menyelamatkan ramai Yahudi Hungari dan Transylvania dan keturunan mereka daripada Holocaust

Rabbi Aaron Teitelbaum di tengah orang ramai
Apabila Teitelbaum meninggal dunia pada bulan Ogos tahun 1979, lebih daripada 100,000 orang Yahudi dilaporkan menghadiri pengebumian beliau

Yahudi Satmar Hisidic kini merupakan salah satu kumpulan terbesar di dunia dan paling pesat berkembang dalm mazhab Yahudi Ortodoks

Dalam kumpulan Hasidic, rabbi besar 'dihormati sebagai tali penghubung antara kehidupan ahli kumpulan dengan Tuhan, menurut New York Times



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.